Covid-19: Tiada lagi arahan kuarantin mulai 15 Julai

Shopee Sale

Kementerian Kesihatan mengumumkan garis panduan baru dalam merawat Covid-19 sama seperti penyakit pernafasan lain.

Bermula 15 Julai, kementerian berkata ia tidak lagi mengeluarkan perintah pengawasan rumah (HSO) yang memerlukan pesakit Covid-19 kuarantin diri di rumah mereka selama lima hari.

Selain itu, mereka yang positif Covid-19 melalui ujian kendiri tidak lagi perlu melaporkannya melalui aplikasi MySejahtera.

Namu, kementerian mengingatkan bahawa individu positif Covid-19 masih boleh menjangkiti orang lain. Oleh itu, mereka masih digalakkan untuk tinggal di rumah dan mengelakkan menghampiri orang lain.

Mereka digesa untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi orang lain apabila mereka meninggalkan rumah, dan mendapatkan rawatan perubatan jika gejala mereka berterusan atau bertambah teruk.

“Pengeluaran sijil perubatan dan rujukan hospital (jika perlu) adalah berdasarkan penilaian pegawai perubatan yang merawat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mereka yang menjadi kontak rapat juga digesa memantau keadaan sendiri dan mendapatkan rawatan perubatan jika perlu.

MENARIK:  Polis KL laksana operasi hormat undang-undang bermula 4 Jun

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular