Cubaan bawa masuk 22 tan karkas babi digagalkan

Shopee Sale

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor menggagalkan cubaan membawa masuk kira-kira 22 tan karkas babi tanpa permit dari Singapura, Ahad lalu.

Pengarah Maqis Johor Edie Putra Md Yusof berkata karkas dengan nilai hampir RM600,000 itu dikesan hasil penahanan sebuah lori di Bay Pemeriksaan Import Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri kira-kira jam 1.15 pagi.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati konsainan tersebut tiada sebarang dokumen seperti permit import Maqis dan Sijil Kesihatan Veterinar.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dia berkata penguatkuasaan undang-undang akan terus diperluaskan di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian agar tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisme yang diimport ke negara ini bebas daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

MENARIK:  Dewan Rakyat lulus RUU lantik Agong pesuruhjaya kehormat PDRM

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular