‘Dah khianat, tak perlu cari alasan’

Shopee Sale

Seorang ahli parlimen PAS membidas Adun Selat Kelang, Abdul Rashid Asari yang menyatakan sokongannya kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, minggu lalu.

Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin menyelar Abdul Rashid dan memintanya untuk tidak mencari alasan atas tindakannya berpaling sokongan.

"Kalau sudah khianat, khianatlah. Tak perlu buat alasan," katanya kepada Malaysiakini.

Abdul Rashid yang berikrar untuk menyokong kerajaan negeri Selangor pada 6 Mac lalu mendakwa antara kekecewaannya beralih sokongan adalah berpunca daripada soal pembahagian kerusi.

Semalam, dia mengakui kecewa dengan layanan Bersatu terhadapnya sehingga berasa seperti tidak dipedulikan oleh parti itu.

Abdul Rashid mendakwa menjelang PRU ke-15 pada 2022, Bersatu bersama PAS dan Gerakan bersetuju mengenai pembahagian kerusi di parlimen Kapar dimuktamadkan kepada Bersatu dan dibuat perjanjian secara bertulis, tetapi akhirnya perjanjian itu dimungkiri.

“Bagaimanapun, semasa mesyuarat akhir penentuan agihan kerusi, kawasan parlimen Kapar telah diambil oleh PAS tanpa mengendahkan perjanjian yang telah dibuat sebelum itu disebabkan adanya percaturan politik yang tidak sepatutnya,” katanya pada sidang media di Shah Alam, semalam.

Adun Selat Kelang Abdul Rashid Asari

Mengulas lanjut, Khairil Nizam turut mengingatkan kepada Abdul Rashid tentang dosa dan hukuman terhadap orang yang melakukan khianat.

"Orang yang khianat ini takkan selamat daripada hukuman Allah.

"Kita hidup di dunia ini ada Tuhan dan antara sifat orang mukmin adalah berpegang pada janjinya. Jadi, jangan bagi alasan," katanya.

Namun, dia enggan mengulas tentang dakwaan kerusi yang 'dirampas' PAS daripada Bersatu.

MENARIK:  KOMENTAR | Tugas ustaz bukan jaja kisah fantasi

Sementara itu, Abdul Rashid berkata dia kekal dengan keputusannya menyokong pentadbiran Amirudin dan sedia menerima sebarang hukuman daripada partinya.

Tambahnya, tindakannya itu tidak akan menyebabkan keahlian dan kedudukannya sebagai Adun mewakili Bersatu terlucut walaupun pindaan terhadap perlembagaan parti itu diluluskan minggu lepas.

“Saya faham bila keputusan dibuat, kes saya akan dirujuk kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT)...itu terpulang kepada mereka untuk buat apa sahaja tindakan, dan bagi saya selepas keputusan dibuat, saya kekal dengan keputusan itu.

“Saya sedia terima sebarang tindakan tetapi setakat ini saya, malah enam lagi Ahli Parlimen Bersatu yang beralih sokongan sebelum ini pun belum dipanggil oleh Lembaga Disiplin parti,” katanya pada sidang media semalam.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular