Daim cabar keabsahan undang-undang pendedahan aset

Shopee Sale

Bekas menteri kewangan Daim Zainuddin mengikut langkah isterinya Na'imah Abdul Khalid untuk mencabar keabsahan peruntukan yang digunakan untuk pertuduhan pendedahan aset terhadap mereka.

Peguam hartawan perniagaan itu, Rajesh Nagarajan hari ini mengesahkan pemfailan permohonan untuk Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur merujuk kepada Mahkamah Tinggi isu sama ada Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 bercanggah dengan hak asasi bekas menteri itu.

"Permohonan itu akan dikemukakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok," kata peguam itu kepada Malaysiakini.

Daim, 85, mahu Mahkamah Tinggi menentukan sama ada peruntukan itu melanggar hak perlembagaannya daripada dipaksa untuk mengemukakan bukti yang boleh digunakan terhadapnya dan haknya untuk perbicaraan yang adil.

Dia juga memohon perintah penangguhan berhubung kes jenayah pendedahan aset yang belum selesai di hadapan Mahkamah Sesyen, sementara menunggu pelupusan permohonan rujukan.

Pada 29 Jan di hadapan Mahkamah Sesyen, Daim minta dibicarakan atas pertuduhan gagal mematuhi notis SPRM bagi mendedahkan asetnya, merangkumi 38 firma, 25 keping tanah dan hartanah, tujuh kenderaan mewah dan dua akaun dana pelaburan.

Dia didakwa memberi akuan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi notis SPRM di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM.

MENARIK:  Sultan Pahang: Teliti dahulu berita sebelum buat kesimpulan

Dituduh melakukan kesalahan itu antara 13 hingga 14 Dis tahun lalu, dia boleh dipenjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM100,000.

Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi menetapkan ikat jamin RM280,000 dengan seorang penjamin.

Azura turut menetapkan 22 Mac ini untuk sebutan semula kes.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular