Dakwaan 'paksa makan babi': Polis ambil keterangan wartawan

Shopee Sale

Polis Pulau Pinang telah mengambil keterangan tiga individu, termasuk seorang wartawan, sebagai sebahagian daripada siasatan selepas seorang senator membuat laporan yang dia dituduh memaksa pengawal keselamatannya “memakan babi”.

Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad berkata senator itu membuat laporan pada Khamis lalu.

“Siasatan awal dijalankan dengan mengambil keterangan pengadu iaitu ahli Dewan Negara, serta pengawal peribadi (senator itu).

“Siasatan juga dijalankan dengan merakam percakapan seorang wartawan,” katanya kepada Malaysiakini.

Hamzah berkata polis akan mengambil keterangan beberapa saksi lagi.

Malaysiakini difahamkan seorang wartawan senior akhbar bahasa Inggeris sebelum ini menghubungi senator dan seorang ketua polis daerah bagi mengesahkan maklumat yang diberikan oleh seorang sumber yang tidak dinamakan.

Sumber itu mendakwa senator tersebut memaksa pengawal peribadinya untuk “makan babi” dan pengawal itu didakwa telah membuat laporan polis berkenaan perkara itu.

Malaysiakini juga difahamkan kedua-dua senator dan pengawal peribadinya serta pihak polis telah memaklumkan wartawan itu bahawa dakwaan itu tidak benar. Tiada laporan berita yang diterbitkan berkenaan dakwaan itu.

Namun, pada Jumaat lalu Hamzah mendedahkan senator itu membuat laporan polis berdasarkan panggilan telefon yang diterimanya daripada seorang individu yang meminta penjelasan berkenaan dakwaan itu.

MENARIK:  Thailand bakal jadi negara Asean pertama halalkan perkahwinan LGBTQ+

“Dakwaan tersebut telah dinafikan oleh pengadu dan laporan polis bagi menafikannya turut dibuat oleh pengawal peribadi,” kata Hamzah dalam kenyataan.

Dia turut mengesahkan yang pengawal peribadi itu tidak membuat laporan polis terhadap senator tersebut.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular