Dakwaan pedofilia di MRSM Tumpat: Polis alu-alukan sebarang maklumat

Shopee Sale

Polis Kelantan menyatakan komitmen untuk menyelesaikan dengan secepat mungkin kes pedofilia yang didakwa membabitkan seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.

Ketua Polis Kelantan Muhammad Zaki Harun berkata pihaknya juga mengalu-alukan kerjasama semua pihak yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil memberi kerjasama dan membantu siasatan.

“Saya minta kes ini jangan ada spekulasi, sama ada betul atau tidak, itu yang polis nak siasat supaya jelas.

“Mungkin tohmahan itu salah, mungkin ada kebenarannya, sejauh mana kebenarannya, itu yang polis nak siasat.

“Kalau sesiapa yang mempunyai maklumat sama ada dari sekolah tersebut, guru-guru sendiri atau pelajar-pelajar lain yang rasa perlu membantu untuk beri kenyataan, sangat dialu-alukan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Muhammad Zaki berkata demikian ketika ditanya berhubung perkembangan terkini siasatan kes yang mendapat perhatian banyak pihak itu.

Media semalam melaporkan polis memanggil beberapa saksi termasuk pelajar dan guru bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan seorang pengajar melakukan aktiviti pedofilia.

Muhamad Zaki berkata polis telah melihat segala kandungan di dalam telefon pihak yang terlibat seperti perbualan telefon serta WhatsApp dan berpendapat ada keperluan untuk siasatan dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mutimedia 1998 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

MENARIK:  Polis tidak terima laporan isu stoking tertera kalimah Allah

Mengulas lanjut Muhammad Zaki hari ini berkata, siasatan kes itu masih di peringkat awal dan yakin ia dapat ditangani dengan baik.

"Kes begini kita kena buktikan dengan jelas dan teliti.

“Benar kita nak selesaikan cepat, ia melibatkan profesion orang, kerja orang. Kalau boleh dalam tempoh sebulan dah selesai.

“Polis tak nak biarkan orang yang ditohmah, orang yang membuat dakwaan duduk dalam suasana tidak selesa. Biar kita selesaikan,” katanya.

Muhammad Zaki menambah setakat ini sudah empat orang saksi dipanggil.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular