Dalang baling bom petrol guna kereta dengan pelekat syarikat penghantaran

Shopee Sale

Polis mendedahkan kamera litar tertutup (CCTV) di cawangan KK Mart di Bidor, Perak merakam seorang lelaki yang keluar dari kenderaan berwarna gelap dengan pelekat syarikat penghantaran di pintunya dan melemparkan objek yang dipercayai bom petrol di kedai serbaneka itu awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri berkata lelaki itu dilihat kira-kira jam 5.35 pagi di kaki lima berhampiran kedai itu dan turun dari keretanya membaling botol kaca dipercayai mengandungi minyak tanah dan meninggalkan tempat kejadian sejurus selepas itu.

“Pihak polis sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

"Pihak polis memohon kerjasama orang ramai untuk tampil menyalurkan sebarang maklumat dan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Norseha Baharudin di talian 05-4011861 / 017 796 3359.

MENARIK:  Polis gugur siasatan dakwaan pekerja dieksploitasi, rujuk ke JTK

"Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan apa-apa kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular