DAP alu-alukan MCA bantu calon kerajaan perpaduan di Sg Bakap

Shopee Sale

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

“Mungkin mereka telah mengubah fikiran, jadi kita alu-alukan (kempen untuk calon di PRK Sungai Bakap)," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pengangkutan ASEAN ke-57 di George Town, Pulau Pinang hari ini.

Pada Sabtu lepas, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilapor berkata parti itu berkemungkinan akan turun membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan pada PRK berkenaan.

Pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu sebelum ini, MCA berpendirian tidak akan berkempen sekiranya calon Barisan Nasional (BN) tidak diletakkan bertanding di situ.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal ditetapkan pada 2 Julai.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

MENARIK:  Imigresen tahan 39 individu termasuk 29 GRO warga asing

Pada PRN lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular