DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee

Shopee Sale

DAP belum mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak termasuk Umno dan Barisan Nasional (BN) berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching berkata ketika ini parti itu mahu menumpukan kepada urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

“Fokus kami pada upacara pengebumian mendiang untuk beri penghormatan kepada keluarga mendiang.

"Terima kasih kepada Umno dan BN kerana memberi laluan kepada DAP,” katanya kepada pemberita selepas Program Sumbangan Tangki Air Kampung Sri Muar di Kulai hari ini.

Semalam, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata pihaknya tidak akan bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu bagi menghormati kerjasama antara parti politik dalam kerajaan Perpaduan.

Lee, 58, yang menjadi ADUN Kuala Kubu Baharu sejak 2013 meninggal dunia Khamis lepas akibat penyakit kanser.

Berhubung program hari ini, Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata sumbangan 121 tangki air itu merupakan langkah sementara bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang dialami oleh 350 penduduk Kampung Sri Muar sejak tiga minggu lepas.

MENARIK:  PH Pahang sanggah Mokhtar: Tak perlu tukar nama M'sia jadi Tanah Melayu

Timbalan Menteri Komunikasi itu berkata 135 kediaman terjejas susulan gangguan itu yang berpunca daripada penangguhan projek penggantian paip sepanjang 1.7 kilometer.

“Saya berharap bahawa pihak operator air negeri Ranhill SAJ Sdn Bhd dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular