DAP mahu Meta tutup akaun palso calon PRK Kuala Kubu Bharu

Shopee Sale

DAP meminta Meta menutup akaun palsu calon kerajaan perpaduan bagi PRK Kuala Kubu Bharu (KKB) Pang Sock Tao yang didakwa dicipta oleh pihak tertentu.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching percaya akan ada lebih banyak lagi akaun palsu yang menyamar sebagai calon atau pemimpin parti untuk menyebarkan maklumat salah dan ucapan kebencian semasa pilihan raya kecil akan datang.

“Pencalonan Pang Sock Tao telah diumumkan malam tadi. Hari ini, seseorang telah menggunakan fotonya untuk mencipta akaun palsu di Facebook.

“Untuk makluman semua rakyat Malaysia, halaman rasmi Pang Sock Tao ialah yang diwujudkan sejak Februari 2018, dan dia mempunyai 33,000 pengikut di halaman rasminya,” kata Teo menerusi hantaran di Facebook.

Teo yang juga Timbalan Menteri Komunikasi berkata dengan bantuan kecerdasan buatan (AI), untuk menghasilkan kandungan kini menjadi semakin mudah.

Pang Sock Tao

“Jadilah netizen yang bermaklumat. Semak fakta anda daripada sumber yang boleh dipercayai. Jangan mudah terpengaruh dengan maklumat salah ini.

“Saya juga ingin menggesa mereka yang tidak sehaluan dengan kita supaya bersaing secara sihat. Libatkan diri, bukan marah, berdebat bukan kebencian,” katanya.

Semalam, Pang yang merupakan setiausaha akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, diumumkan sebagai calon kerajaan perpaduan untuk PKR KKB.

MENARIK:  Tangkapan lelaki Israel: Ada warga asing, tempatan sedang dicari polis

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi PRK KKB di Selangor pada 11 Mei, dengan penamaan calon ditetapkan Sabtu ini (27 April) dan pengundian awal pada 7 Mei.

PRK KKB merupakan PRK ketujuh yang diadakan selepas PRU15 pada 2022 dan diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

-Bernama

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular