'DAP menang 16 dari 18 daerah mengundi di KKB'

Shopee Sale

Menurut analisis dalaman DAP, gabungan PH menang 16 dari 18 daerah mengundi pada PRK Kuala Kubu Bharu, peningkatan tiga daerah berbanding pilihan raya negeri tahun lalu.

“Kadar keluar mengundi hanya menyaksikan sedikit penurunan di tiga daerah mengundi,” kata pengarah pilihan raya DAP untuk Kuala Kubu Bharu Ng Sze Han (gambar bawah).

Secara keseluruhannya, Ng menyebut sokongan terhadap PH merentasi semua kumpulan etnik meningkat dalam pilihan raya kecil, dengan sokongan pengundi meningkat daripada 54.4 peratus pada pilihan raya negeri tahun lepas kepada 56.57 peratus dalam pilihan raya kecil.

Katanya sokongan orang Melayu terhadap PH meningkat daripada 37.7 peratus pada pilihan raya negeri lepas kepada 40.4 peratus, peningkatan sebanyak 2.7 peratus; sokongan Cina meningkat daripada 83.9 peratus kepada 87.1 peratus, peningkatan sebanyak 3.2 peratus.

Bagaimanapun, data Wong berbeza daripada angka yang diberikan oleh DAP Selangor.

Bendahari DAP negeri Ong Kian Ming menganggarkan hanya 22 peratus pengundi Melayu menyokong parti itu pada pilihan raya negeri tahun lalu, dengan kadar sokongan Cina dan India masing-masing pada 99 peratus dan 80 peratus.

Sementara itu, Ng berkata sokongan terhadap PH di kalangan pengundi India dan undi tentera dan polis juga meningkat dengan ketara masing-masing sebanyak 24 peratus dan 40 peratus.

Di pusat daerah mengundi Nigel Gardner dengan pengundi India hampir 61 peratus, PH meraih 79.6 peratus undi.

Gambar fail, Ng bersama Ong Kian Ming dan Tengku Zafrul Aziz ketika kempen PRK KKB.

Di pusat daerah mengundi Pertak, dengan hampir 40 peratus pengundi Orang Asli, PH memperoleh 72.67 peratus undi.

Berbanding pilihan raya negeri, sokongan PH di kedua-dua pusat daerah mengundi ini pada pilihan raya kecil adalah lebih tinggi sebanyak 24 peratus dan 40.36 peratus, menunjukkan peralihan sokongan pengundi India dan Orang Asli terhadap PH.

“Terutama di pusat daerah mengundi Pertak, kita menerima 95 undi pada pilihan raya negeri dan 250 pada PRK, menunjukkan sokongan padu daripada masyarakat Orang Asli,” katanya lagi.

Tambahan pula, Ng berkata PH mencapai sokongan antara 78 peratus dan 95 peratus di enam pusat daerah mengundi dengan lebih 60 peratus pengundi Cina; peningkatan 3.21 peratus berbanding pilihan raya negeri.

"Tiga daerah yang mendapat sokongan tertinggi ialah Kampung Baru KKB, Kampung Baru Batang Kali dan Kampung Rasa, di mana kadar sokongan PH melebihi 90 peratus."

MENARIK:  Zahid: Elok Mahathir tumpu kepada amal ibadat saja

Kata Ng, majoriti pengundi di pusat daerah mengundi ini terdiri daripada orang Cina.

Di empat daerah pengundian majoriti Melayu (lebih 60 peratus pengundi Melayu) di KKB, PN menang dua pusat daerah mengundi iaitu Ampang Pecah dan Bandar Utama Batang Kali.

PH juga menang di semua lima daerah pengundian campuran, termasuk bandar KKB, Kerling, Lembah Beringin, Kuala Kali, dan Batu 30 Ulu Yam..

Bagaimanapun, jelasnya berbanding keputusan pilihan raya negeri tahun lalu, sokongan PH di tiga daerah pengundian campuran telah merosot sedikit.

"Pusat daerah mengundi ini ialah bandar KKB, Kuala Kali, dan Ulu Yam 30 batu, dengan penurunan hanya antara 1 peratus hingga 2.4 peratus, yang merupakan penurunan yang boleh diterima dalam pilihan raya kecil."

Kadar keluar mengundi PH di daerah mengundi campuran mencecah 57.6 peratus, hanya turun satuperatus daripada 58.6 peratus pada pilihan raya negeri.

Ng merumuskan kemenangan pilihan raya kecil itu menjadi dorongan kuat bagi kerajaan perpaduan untuk terus mempromosikan pembangunan dan berusaha untuk merampas semula keseluruhan kerusi DUN pada pilihan raya akan datang.

Dia berkata data itu menunjukkan pengundi mengiktiraf kerjasama antara PH dan BN serta hubungan dalam kerajaan perpaduan akan menjadi lebih stabil, membantu pembangunan dan pertumbuhan ekonomi tempatan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular