DAP tak turun berkempen akan bantu Umno rampas Nenggiri – KJ

Shopee Sale

PRK Nengiri | Khairy Jamaluddin percaya pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Nenggiri di Kelantan akan menyaksikan pertukaran kerusi pertama sejak pilihan raya umum pada 2022.

Bekas pemimpin Umno itu mengaitkan situasi itu dengan beberapa faktor, termasuk ketidakhadiran DAP berkempen di kerusi majoriti Melayu di negeri yang didominasi PAS itu, yang menurutnya akan membantu calon Umno.

“Pengundi Nenggiri tidak akan melihatnya sebagai PH (Pakatan Harapan bertanding).

“Mereka tidak akan keliru,” katanya yang menegaskan bilangan pengundi Cina kecil menyebabkan DAP menjadi tiada keperluan untuk turun berkempen.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata dia menerima pandangan Umno bahawa tidak ada keperluan untuk bantuan DAP.

"Saya sudah kata kita ada semangat kerjasama. Kalau ada jemputan (dari BN), kita akan pergi (ke Nenggiri). Kalau tidak perlu kita tidak akan pergi," katanya.

Sementara itu, Khairy berkata pengaruh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah juga akan menjadi faktor penting dalam menentukan keputusan.

Sambil menyatakan bahawa 13 peratus pengundi terdiri daripada Orang Asli, Khairy berkata dia mendapat tahu bahawa Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Md Nor telah diarahkan untuk berkampung di markas di pelbagai kawasan untuk memenangi undi komuniti berkenaan.

MENARIK:  Anwar: PKR jangan alpa, kuasa mampu memukau

Ramli, dari Umno, adalah bekas pegawai polis yang menjadi ahli parlimen Orang Asli yang pertama. Dia kini berkhidmat sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, Khairy berkata keputusan yang memberangsangkan buat Umno tidak boleh ditafsirkan sebagai perubahan dalam sentimen pengundi Melayu, yang cenderung kepada Perikatan Nasional, kerana ia hanya melibatkan satu kerusi.

[Baca laporan asal]

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular