DAP takkan jadi MCA 2.0, kata Sheikh Umar

Shopee Sale

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali mengingatkan semua penyokong dan pendokong parti itu supaya berjuang untuk semua rakyat negara ini tanpa mengira latar belakang mereka, dan tidak terjebak dengan pendekatan eksklusif kaum MCA.

Dalam satu kenyataan hari ini, Sheikh Umar menekankan kepentingan perananan DAP dalam kerajaan Perpaduan, membela semua rakyat tanpa mengira latar belakang kaum atau agama.

Gambar Hiasan - Sheikh Umar Bagharib Ali (kanan)

“Yakinlah kita berada atas landasan yang betul. 

“DAP berjuang untuk rakyat Malaysia. DAP tak pilih bulu. DAP tak kira latar belakang. 

“DAP bukan macam MCA. DAP takkan jadi MCA 2,0,” katanya.

Memetik contoh Adun Jementah Ng Kor Sim, yang memilih DAP berbanding MCA kerana pendekatan inklusifnya, Sheikh Umar berkata parti itu berjuang untuk membela rakyat tanpa mengira warna kulit.

Berkongsi pengalaman Ng yang menolak ajakan bapanya untuk menyertai MCA, katanya, pemimpin wanita itu percaya dengan perjuangan DAP untuk semua.

“Satu masa dulu ayahnya pernah ajak masuk MCA. Ayahnya beri alasan, MCA akan beri banyak kelebihan pada orang Cina. Tapi dia menolak.

(Pada) 2022, Sdri Kor Sim buat keputusan bertanding pilihan raya DUN Jementah sebagai calon DAP. Dia pilih DAP kerana yakin parti ini berjuang untuk bela rakyat susah tanpa mengira warna kulit. 

“Inilah keyakinan beliau. Rakyat susah mesti dibantu tak kira apa bangsa,” katanya.

Sheikh Umar juga mengulas kenyataan MCA sebelum ini yang membidas DAP dan enggan membantu calon PH pada pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu, Sabtu lalu.

Presiden MCA Wee Ka Siong sebelum ini dilaporkan berkata, selepas seronok mengecam dan memaki hamun partinya,  tidak sepatutnya DAP mengharapkan kempen mereka dibantu oleh parti berkenaan.

MENARIK:  'Sebelum ini tiada penyakit politik sebegini di Sarawak'

DAP juga, katanya, tersilap apabila mengharapkan MCA dapat melupakan segala kata-kata cacian yang dilemparkan oleh parti kepada mereka sebelum ini, dan turun padang membantu memenangkan calon parti kerajaan.

Walaupun tanpa sokongan daripada MCA, calon PH-DAP Pang Sock Tao muncul sebagai pemenang pada pilihan raya kecil Sabtu lalu dengan majoriti besar 3,869 undi.

Pang menewaskan Khairul Azhari Saut dari Perikatan Nasional, calon Parti Rakyat Malaysia Hafizah Zainudin, dan Nyau Ke Xin bebas.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular