Dari berita ke layar: Membongkar kisah bayi dirampas di Lahad Datu

Shopee Sale

Ketika S Vinothaa tiba di Lahad Datu Sabah, dia pada mulanya mahu menulis mengenai isu perkhidmatan kesihatan kepada penduduk yang tidak mempunyai kewarganegaraan.

Namun dia kemudiannya menemukan kisah yang lebih besar daripada itu.

Wartawan Malaysiakini itu mendapat tahu ada bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak memiliki kewarganeraan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) diambil tanpa kebenaran.

Pendedahan yang mengejutkan itu menyebabkan Vinothaa menulis laporan khas bertajuk “Bayi dirampas: Bagaimana ibu tanpa kerakyatan ‘hilang’ anak di hospital Sabah” tahun lalu.

Laporan itu disenarai pendek bagi Anugerah Persatuan Penerbit-penerbit Asia (Sopa) 2024 untuk Kecemerlangan dalam Pelaporan Isu Wanita (Serantau).

Mengimbas kembali perkara itu, Vinothaa menyifatkan ia sebagai satu pengalaman mengejutkan yang kemudiannya mendedahkan dirinya kepada banyak isu serius yang berlaku dalam masyarakat.

Vinothaa tiba di Lahad Datu selepas terkesan dengan laporan berita pada 2020 mengenai seorang ibu berusia 16 tahun dan bayinya yang ditemui mati di kawasan bersebelahan bangunan wad bersalin di hospital daerah itu.

Justeru itu berhasrat menulis mengenai cabaran yang dihadapi individu yang tidak mempunyai kerakyatan dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Sebelum bertolak ke sana, Vinothaaa melakukan kajian termasuk bertemu bertemu Aimah, seorang wanita berketurunan Bajau Laut yang banyak membantu masyarakat berkenaan dalam mendapatkan bantuan perubatan.

Vinothaa kemudiannya menaiki pesawat untuk ke Lahad Datu secara bersendirian pada Januari 2023.

Dalam perbualan dengan Aimah mengenai ibu-ibu yang meninggal dunia, Vinothaa diberitahu bahawa bayi Aimah telah ‘dirampas’, yang kemudiannya mendorongnya melakukan siasatan awal.

“Sebab mengapa saya pergi ke Lahad Datu adalah (mengenai) akses kepada (khidmat) perubatan untuk mereka yang tidak bernegara dan terpinggir.

“(Tapi) rupa-ruanya ada isu yang lagi besar. Ini membongkar bukan setakat akses kepada (perkhidmatan) perubatan malah wanita yang kehilangan anak,” katanya.

Mengimbas semula kisah itu

Sekembalinya ke Semenanjung, Vinothaa mengambil masa berbulan-bulan untuk bercerita mengenai pengalamannya itu. Malah selepas artikel itu disiarkan, dia masih tersa sukar untuk membincangkan isu bereknaan.

Ketika soalan pertama diajukan dalam temu bual dengan stesen radio BFM, Vinothaa menjadi emosional, menyebabkan sesi wawancara itu terpaksa dihentikan seketika.

"Saya sangat bertuah kerana editor memahami dan dengan sabar menunggu saya menyesuaikan diri dan menyusun semua maklumat yang saya peroleh daripada pengalaman itu," tambahnya.

MENARIK:  Cameron Hinglands dahului senarai 10 bandar paling bahagia 2024

Tidak lama selepas laporan itu diterbitkan pada September 2023, The Fourth Alliance bekerjasama dengan Malaysiakini untuk menghasilkan filem dokumentari berdasarkan kisah itu.

Menghasilkan dokumentari

The Fourth Alliance, rangkaian kewartawanan penyiasatan kolaboratif berhasrat menjalankan kempen dan menerbitkan dokumentari penyiasatan berimpak tinggi di Malaysia.

Penerbitnya, Claire Gaunt, menyatakan pertemuan awal mereka mengesahkan betapa penting kisah itu diangkat untuk mendapat perhatian lebih meluas.

“Jadi, dengan sokongan Malaysiakini, kami mula menceritakan dan menterjemahkannya ke layar perak,” katanya.

Projek itu mengambil masa kira-kira lima bulan yang memerlukan kumpulan mereka dan Vinothaa kembali ke Lahad Datu pada Januari lalu.

"Ibu-ibu yang terlibat yang kami temui ada perasaan bercampur aduk ketika bercakap dengan kami.

"Mereka mahu berkongsi ketidakadilan yang mereka hadapi, tapi pada masa sama mereka sangat bimbang untuk bersuara kerana mereka tidak mempunyai kewarganegaraan," katanya.

Claire melahirkan rasa terima kasih atas sokongan daripada anggota Alliance, yang memberikan bantuan kepada produksi, pengawasan editorial, nasihat perundangan dan banyak lagi.

Dokumentari itu akan ditayangkan beberapa hari lagi dan Claire berharap ia dapat membantu menentang ketidakadilan.

Dokumentari selama 16 minit itu akan ditayangkan melalui siaran YouTube The Fourth pada Isnin, 20 Mei.

Selain itu ia juga akan ditayangkan di Publika Kuala Lumpur di mana Vinothaa dan Claire akan turut dijemput sebagai ahli panel dalam forum yang akan diadakan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular