Datuk lantik peguam baru wakili ibu bapa Zayn Rayyan

Shopee Sale

Zahari Mohd Reba - datuk kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemui meninggal dunia akibat dibunuh sudah melantik peguam baru.

Pelantikan peguam baru itu bagi mewakili ibu bapa Zayn Rayyan yang kini dalam tahanan reman polis.

"Maaf ya... buat masa ini saya tidak boleh beri apa-apa kenyataan lagi atas nasihat peguam," katanya yang dipetik akhbar Harian Metro.

Terdahulu, media melaporkan peguam Mahmud Jumaat yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan yang kini dalam tahanan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan menarik diri bermula hari ini.

Menurut peguam dari Tetuan Emir Mahmud & Co itu, dia menarik diri dari mewakili ibu bapa allahyarham Zayn Rayyan kerana ingin memberi tumpuan kepada kes-kes lain yang sedang dikendalikan.

Mahmud dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam pada Jumaat lalu.

Peguam itu turut hadir semasa prosiding permohonan reman ke atas pasangan suami isteri itu di Mahkamah Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, ibu bapa kanak-kanak itu direman seminggu bermula bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

MENARIK:  MB: Wang ihsan persekutuan ringankan Kelantan bayar gaji, emolumen

Mayat Zayn Rayyan ditemukan di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya pada malam 6 Disember lalu. Mangsa kemudian disahkan dibunuh berdasarkan hasil bezah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badannya.

Sehari sebelum itu, polis mengesahkan pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak itu pada jam 6.30 petang oleh keluarganya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular