DBKL akan sedia 4 kontraktor di setiap kawasan parlimen selenggara pokok

Shopee Sale

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan empat kontraktor bagi setiap kawasan Parlimen untuk kerja-kerja penyelengaraan pokok di Kuala Lumpur.

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam hantaran di laman X hari ini selepas mengadakan pertemuan bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.

“Selepas melawat warga Lembah Pantai yang terjejas akibat ribut baru-baru ini, saya bertemu Datuk Kamarulzaman Mat Salleh di Menara DBKL, semalam.

“Kami bincang isu perubahan iklim dan perananan Jabatan Pembangunan Landskap Dan Rekreasi DBKL dalam memastikan penyelengaraan pokok di Kuala Lumpur dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.

MENARIK:  Aduan gaji tak dibayar, isu WFH banjiri aplikasi kementerian

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata DBKL juga berhasrat untuk menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menanam 100 pokok bagi setiap pokok yang ditebang, selaras dengan usaha untuk menghijaukan bandaraya dan Malaysia secara amnya.

Pada 25 Mei lepas, beberapa kawasan di Kuala Lumpur khususnya sekitar Lembah Pantai dan Bangsar dilanda hujan lebat serta angin kencang hingga mengakibatkan insiden pokok tumbang dan bumbung bangunan terbang.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular