DBKL batal sambutan Ambang Merdeka

Shopee Sale

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan sambutan Ambang Merdeka 2024 yang dijadual berlangsung di Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini.

Menurut hantaran di laman Facebook DBKL, pembatalan itu adalah sebagai menghormati mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar ibu kota baru-baru ini.

DBKL turut mengajak orang ramai bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh semangat patriotik.

Insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India pada Jumaat lalu menyebabkan seorang wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di situ dengan operasi mencari dan menyelamat memasuki hari keenam hari ini.

DBKL dalam kenyataan malam tadi memaklumkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah memasuki saluran kumbahan secara huluan dari lurang di Wisma Yakin manakala kerja-kerja shoring (sistem sokongan sementara) secara manual dan kerja-kerja penggalian juga dilaksanakan.

Menurut DBKL, usaha mengesan mangsa menggunakan radar penembusan tanah (GPR) oleh Jabatan Mineral dan Geosains diteruskan serta disambung hari ini.

MENARIK:  Pertemuan dengan PM New Zealand: PN didakwa buat kesilapan diplomatik

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular