Demo anti-Anwar: Pemimpin Pejuang disiasat kerana menghasut

Shopee Sale

Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid Ali mendakwa dia sekali lagi disiasat atas tuduhan hasutan, menuduh adanya tekanan dari luar ke atas pihak berkuasa untuk bertindak terhadap pengkritik kerajaan.

Rafique yang juga seorang peguam berkata dia telah dihubungi oleh unit siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan akan hadir untuk disoal siasat esok (1 Nov) pada jam 2.30 petang.

"Laporan polis telah dibuat berkenaan ucapan saya yang dikatakan tular di media sosial.

"Ucapan tersebut dibuat kata pelapor semasa saya berada dalam Perhimpunan Gelombang Selamatkan Malaysia Mahkamah Rakyat Hukum Anwar di Perak pada 27 Julai 2024.

"Pihak polis menyatakan siasatan adalah dibawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Saya akan hadir ke IPD Dang Wangi esok jam 2.30 petang kerana pada saya pihak PDRM hanya lakukan tugas mereka," katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Sulizmie Affendy Sulaiman untuk mendapatkan maklum balas lanjut

Rafique berkata dia akan disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, dia berharap media akan terus bebas dan adil, mendakwa ada usaha menyekat pandangan kritikal terhadap kerajaan.

"Kepada rakyat, saya sudah sentiasa ingatkan, tekanan hak kebebasan bersuara serta hak menyatakan pendapat oleh mana-mana kerajaan adalah bibit-bibit permulaan satu rejim diktator.

MENARIK:  Bersatu pecat Zulkafperi, Abdul Rashid kerana berkempen untuk PH

"Selagi mana-mana pihak melakukan apa-apa pelanggaran nilai-nilai demokrasi selagi itulah saya akan bersuara,” tegasnya.

Pada bulan Julai, Rafique disoal siasat di bawah Akta Hasutan atas ucapannya yang menggelar Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai “scammer” atas dakwaan janji yang tidak dipenuhi.

Pada masa itu, Rafique berkata dia disoal siasat mengenai kandungan ucapannya yang disampaikan pada satu perhimpunan anti-kerajaan pada bulan Jun di luar kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular