Demo pro-Najib: Sekatan polis, pemeriksaan ketat di Putrajaya

Shopee Sale

Polis akan melakukan sekatan jalan di sekitar Putrajaya dan melakukan pemeriksaan terhadap setiap individu yang memasuki pusat pentadbiran itu menjelang perhimpunan yang dirancang esok.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Aidi Sham Mohamed mengulangi amaran pihak berkuasa supaya orang ramai tidak menyertai perhimpunan di Istana Kehakiman anjuran parti-parti politik bagi menunjukkan sokongan kepada bekas perdana menteri Najib Razak yang dipenjarakan.

"Orang ramai dilarang untuk menyertai Perhimpunan Aman esok di Putrajaya kerana perhimpunan tersebut tidak mendapat kebenaran dari pemilik tanah sekaligus tidak mematuhi syarat-syarat seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Pihak Polis akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana orang yang menyertai perhimpunan tersebut kerana ia melanggar undang-undang sedia ada.

"Pihak Polis juga akan mendirikan beberapa sekatan jalan raya di jalan-jalan masuk ke Putrajaya dan akan membuat pemeriksaan yang ketat ke atas semua orang yang akan memasuki kawasan Putrajaya esok.

“(Ini) bagi memastikan tiada apa apa senjata, banner atau sepanduk yang mengandungi perkataan atau unsur-unsur jelik atau hasutan berhubung dengan perhimpunan esok.

MENARIK:  'PM, isteri pun boikot RUU kerajaan?' - Ka Siong soal Lip Eng

"Orang ramai diingatkan agar jangan hadir perhimpunan besok," katanya pada satu kenyataan hari ini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular