Dera tahanan: Suaram tegur Saifuddin abai laporan HRW

Shopee Sale

Kumpulan hak asasi manusia menegur Menteri Dalam Negeri , Saifuddin Nasution Ismail kerana mengabaikan laporan yang dibuat oleh Human Rights Watch (HRW) mengenai penyeksaan tahanan di pusat tahanan imigresen.

Dalam sidang Dewan Rakyat semalam, Saifuddin mendakwa laporan yang memperincikan penyeksaan dan layanan buruk yang dihadapi tahanan di pusat tahanan itu tidak mempunyai bukti dan tidak mematuhi metodologi kajian atau laporan yang boleh digunakan pihaknya.

Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy berkata, Saifuddin perlu membaca metodologi kajian dan mendapatkan penjelasan daripada HRW mengenai aspek yang difikirkannya boleh dipersoalkan.

“Menteri dalam negeri juga harus menjelaskan apa ‘bukti konkrit’ yang dia cari.

"Satu-satunya jalan ke hadapan adalah dengan mengambil serius pelanggaran yang diketengahkan dalam laporan itu dan menyiasat sewajarnya," katanya kepada Malaysiakini.

Laporan bertajuk “We Can't See The Sun, Malaysia's Arbitrary Detention of Migrants and Refugees” memperincikan penderaan yang dilakukan pegawai atas pelbagai sebab seperti bertanya soalan atau membangkitkan kebimbangan mengenai keadaan mereka, bercakap dengan tahanan dari blok bersebelahan, bergaduh, menggunakan telefon bimbit, membuat bising dan lain-lain.

Sevan mencadangkan kementerian membenarkan Suhakam mengetuai siasatan mengenai dakwaan penyeksaan itu.

“UNCHR masih dilarang memasuki depoh imigresen dan Suhakam hanya boleh melawat depoh imigresen dengan syarat mematuhi peraturan berkaitan.

"Kurangnya ketelusan kerajaan mengenai kejadian masa lalu, dan hasil siasatan, langkah yang diambil untuk menanganinya juga tiada perubahan," tambahnya.

MENARIK:  Anwar nafi kerajaan bincang laksana semula GST

Pengarah Eksekutif Tenaganita Glorene Das turut menyokong HRW dan berkata bukti penyelidikan badan pemerhati hak asasi manusia datang daripada mereka yang terjejas secara langsung.

Dia mengesahkan bahawa penyokong hak asasi manusia telah dinafikan akses ke depoh imigresen sejak 2019.

Dia juga menyatakan disebabkan keadaan seperti dalam kes ini, mereka perlu bergantung kepada keterangan saksi dan bukannya bukti konkrit.

"Mereka tidak menghasilkan laporan berdasarkan andaian atau khabar angin," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular