Dewan Negara luluskan RUU Perbekalan 2025

Shopee Sale

Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.

Perkara itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah ketika mempengerusikan sementara persidangan hari ini.

RUU itu diluluskan setelah melalui enam hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 4 Disember lepas bagi setiap kementerian terlibat.

Terdahulu, RUU Perbekalan 2025 dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober melibatkan peruntukan sebanyak RM421 bilion merupakan belanjawan terbesar pernah dibentangkan dalam sejarah dan diselaraskan secara strategik dengan kerangka Ekonomi MADANI.

Belanjawan itu menumpukan kepada menarik pelaburan berkualiti tinggi, memacu peluang perniagaan, melaksanakan projek untuk kesejahteraan rakyat dan tidak menjejaskan kemampuan mereka dalam membeli barangan keperluan dan perkhidmatan.

MENARIK:  Kok: Saya tidak menentang projek Suria Madani

Persidangan Dewan Negara bersambung Isnin.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular