Dewan Negara luluskan RUU Polis (Pindaan) 2024

Shopee Sale

Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Polis (Pindaan) 2024, antara lain melantik Yang di-Pertuan Agong sebagai Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memberi penghormatan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal istiadat PDRM.

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas tujuh senator daripada blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian pada sesi perbahasan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah ketika menggulung perbahasan berkata RUU tersebut melibatkan 10 fasal iaitu dua seksyen baharu, enam pindaan seksyen dan satu pindaan jadual sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, fungsi serta perananan PDRM.

Beliau berkata pindaan juga bertujuan meminda Seksyen 17 Akta Polis 1967 (Akta 344) iaitu menaikkan denda maksimum daripada RM100 kepada RM5,000 bagi kegagalan mana-mana pegawai polis yang bukan lagi merupakan anggota PDRM untuk memulangkan senjata, kelengkapan, amunisi, pakaian seragam dan lain-lain.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata kerajaan tidak bercadang menghentikan penggunaan pasukan 'outrider' kerana pasukan itu bukan hanya mengiring 'VVIP', malah ia juga melibatkan penghantaran bahan letupan, transit wang bank negara, kertas peperiksaan dan lain-lain.

"Tujuan pasukan ini sebenarnya untuk memastikan keselamatan semasa di jalan raya, selain memastikan subjek selamat sampai ke destinasi. Penyediaan outrider ini mengikut kelayakan yang telah ditetapkan dan pelaksanaan tugas mengikut prosedur operasi standard PDRM," katanya.

Mengenai dakwaan kelulusan RUU itu dibuat secara tergesa-gesa tanpa melibatkan sesi libat urus terutama membabitkan pihak berkepentingan selain tidak mencerminkan amalan demokrasi di Malaysia, Shamsul Anuar menegaskan setiap undang-undang yang dibuat akan melibatkan kementerian dan agensi berkaitan.

MENARIK:  Video lelaki diserang di Sibu: Jangan spekulasi, kata polis

"Banyak sesi libat urus telah diadakan antaranya pembentangan bersama Mesyuarat Jemaah Menteri untuk mendapatkan dasar dan rang undang-undang diikuti sesi libat urus dengan kementerian serta agensi terlibat pada Nov 2023 lepas.

“Selain itu kerajaan juga telah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja pada 20 Feb lepas, manakala sesi libat urus bersama Ahli Parlimen pula diadakan pada Mac," katanya.

Justeru katanya pindaan itu wajar dilaksanakan supaya ia selari dengan peredaran masa kini dan bagi memastikan pentadbiran pasukan polis lebih berkesan, meningkatkan kesedaran awam, mewujudkan mekanisme cegah rintang bagi keselamatan bersama serta mengiktiraf kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam PDRM.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular