Dewan Rakyat luluskan Belanjawan 2025

Shopee Sale

PARLIMEN | Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan majoriti ahli parlimen melalui undian suara.

Perkara itu diumumkan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) ketika dia mempengerusikan sementara persidangan malam ini.

RUU itu diluluskan setelah dibahaskan selama 12 hari serta penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lalu bagi setiap kementerian terlibat.

Terdahulu, RUU Perbekalan 2025 dibentangkan untuk bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.

Dewan Rakyat meluluskan Belanjawan 2025 di peringkat dasar pada 12 Nov lepas selepas dibahaskan selama lapan hari bermula 21 Okt sebelum diikuti sesi penggulungan selama empat hari mulai 6 Nov.

Belanjawan 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 18 Okt melibatkan peruntukan RM421 bilion, iaitu belanjawan terbesar pernah dibentangkan dalam sejarah dan diselaraskan secara strategik dengan kerangka Ekonomi Madani.

Belanjawan itu menumpukan usaha menarik pelaburan berkualiti tinggi, memacu peluang perniagaan, melaksanakan projek untuk kesejahteraan rakyat dan tidak menjejaskan kemampuan mereka dalam membeli barangan keperluan dan perkhidmatan.

MENARIK:  Ramlan Harun dilantik pengerusi SPR baru

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular