Disindir tak ambil gaji PM: Saya dan Azizah ada elaun MP, kata Anwar

Shopee Sale

Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas pihak yang menyindir keputusannya untuk tidak mengambil gaji sebagai perdana menteri.

Menjawab kritikan yang tindakan itu adalah “wayang politik”, Anwar berkata dia masih menerima elaun sebagai ahli Parlimen Tambun.

“Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir. (Tapi) elaun MP saya ambil, Azizah (Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Wan Azizah Wan Ismail) pun ada elaun.

“Jadi bila campur (kedua-dua elaun), okeylah. Saya tak miskin,” katanya ketika berucap di acara sambutan ulang tahun kerajaan Madani di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Ketika sidang media pertamanya sebagai perdana menteri pada 24 November 2022, Anwar berkata dia tidak akan mengambil gaji bagi jawatan perdana menteri dan menteri kewangan, sebagai langkah pertama untuk meraih keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.

Hari ini, Anwar tidak mendedahkan jumlah elaun yang diterimanya. 

Namun sebelum ini, Malaysiakini melaporkan seorang ahli Parlimen boleh menerima sekurang-kurangnya RM25,700 sebagai elaun tetap bulanan. 

Ini termasuk RM16,000 elaun asas bulanan dan elaun tetap lain seperti hiburan dan petrol.


Baca: Elaun dan gratuiti: Berapa MP, speaker dan timb speaker dapat?


Sementara itu, Anwar menegaskan kerajaan telah membuat pengorbanan bagi memastikan kesaksamaan, termasuk pengurangan 20 peratus gaji menteri, manakala gaji penjawat awam dinaikkan baru-baru ini.

Walaupun dengan langkah-langkah ini, Anwar mengambil maklum bahawa ada pihak yang menurutnya masih pantas membuat kritikan tanpa memberikan cadangan yang membina.

“Demikianlah politik picisan yang ada. Mereka tak hargai langkah yang diambil (tapi) boleh kritik,” katanya.

MENARIK:  Program peringkat negeri perlu ambil kira sensititi kepelbagaian bangsa - TYT

Beri kritikan membina

Anwar juga menggesa rakyat Malaysia untuk memberi tumpuan kepada dialog yang produktif berbanding terjerumus ke dalam serangan tidak berasas.

“Jika mahu Madani berjaya, pencerahan mesti ada. Rakyat boleh dengar semua pandangan,” katanya.

Mengakui bahawa kritikan adalah sebahagian daripada cabaran kepimpinan, Anwar berkata mana-mana pihak yang berpandangan sesuatu dasar tidak berkesan, mereka boleh mencadangkan alternatif yang lebih baik.

“Bagi cadangan, ini tidak…yang ada hanya maki hamun,” katanya lagi.

Menutup ucapannya, Anwar menekankan kepentingan usaha bersama untuk masa depan negara yang lebih baik, dengan perdebatan berkisar soal idea berbanding penghinaan.

 

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular