Diskaun PTPTN bantu peminjam langsai hutang cepat, elak disenarai hitam

Shopee Sale

Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 15 peratus oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), berupaya membantu graduan langsaikan hutang dengan cepat dan mengelak disenarai hitam oleh kerajaan.

Seorang peniaga William Nickson berkata pemberian diskaun bayaran balik itu, dapat membantu graduan menguruskan kewangan mereka terutama jika turut menanggung komitmen kewangan lain.

“Dengan diskaun ini, saya boleh memberi fokus kepada perbelanjaan lain seperti hutang kereta dan juga menampung sedikit perbelanjaan keluarga,” katanya.

Kerani perisian data Syahirah Kaisya pula berkata diskaun yang diberikan PTPTN itu, dapat membantu peminjam untuk menyelesaikan hutang mereka dengan lebih cepat.

“Bila diskaun ini diberikan, peminjam tidak lagi berlengah untuk menyelesaikan hutang PTPTN mereka, kerana tawaran tersebut ada tempoh masa. Bila mereka dapat menyelesaikan hutang dengan cepat, wang lebihan yang ada boleh digunakan kepada perkara lain atau dijadikan simpanan,” katanya.

PTPTN memaklumkan bagi tempoh 14 Okt 2023 hingga 31 Jan lepas, lebih 394,000 peminjam menikmati insentif diskaun bayaran balik dengan jumlah diskaun diberikan sebanyak RM57.78 juta, melibatkan kutipan bayaran balik yang layak diskaun berjumlah RM442.09 juta.

Pada pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sebanyak 10 hingga 15 peratus bermula 14 Okt 2023 sehingga 31 Mac 2024.

Dalam pada itu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) memaklumkan bahawa pengurusan kewangan secara bijak dan holistik, mengikut keperluan kewangan individu boleh memberi impak positif dalam membantu peminjam mencapai matlamat kewangan yang ditetapkan.

Jurucakap Jabatan Komunikasi Korporat AKPK berkata pengurusan kewangan secara bijak juga, dapat membantu mengurangkan beban individu yang sedang menghadapi cabaran ekonomi atau terjebak keterhutangan serius.

MENARIK:  Penduduk kampung yang diusir tolak tinggal di rumah sewa

“Sebaik sahaja bercakap tentang hutang atau pinjaman atau pembiayaan, pelbagai emosi boleh timbul dalam diri kita. Ada yang memandang daripada sudut kebaikan dan tidak kurang juga yang melihat hutang dan pinjaman sebagai sesuatu yang negatif.

“Oleh itu, kami sentiasa mengetengahkan tentang persepsi yang betul tentang kesejahteraan kewangan, kerana sangat penting untuk orang ramai sedar tentang keperluan untuk mengimbangi akan tanggungjawab terhadap pengurusan kewangan dan memenuhi tuntuan untuk menyelesaikan pinjaman sedia ada,” kata jurucakap itu kepada Bernama.

Jurucakap AKPK itu memaklumkan melalui kajian mereka, lebih 9,000 daripada jumlah permohonan Program Pengurusan Kredit (PPK) yang membuat pinjaman PTPTN telah menstruktur semula hutang mereka di bawah PPK AKPK sehingga Disember 2023.

“Untuk makluman, tawaran diskaun yang diberikan ini boleh membantu pelajar membayar dengan lebih mudah dan dapat mengurangkan jumlah pinjaman yang sedia ada serta seharusnya memanfaatkan kemudahan diskaun dengan sebaiknya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular