Dr Dzul mahu kematian doktor di hospital Lahad Datu disiasat

Shopee Sale

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menggesa siasatan dijalankan ke atas kematian Dr Tay Tien Yaa di hospital Lahad Datu di Sabah pada 29 Ogos lalu.

Dalam hantaran di media sosial, Dzulkefly berkata semua kakitangan Kementerian Kesihatan sepatutnya bekerja dalam persekitaran yang selamat dan adil.

“Kematian Dr Tay Tien Yaa mesti disiasat lebih lanjut.

“Sejak 2018 (ketika pertama kali menjadi menteri kesaihatan) saya tiada toleransi terhadap budaya buli dan akan kekal teguh dengan dasar ini,” katanya.

Semalam, polis Lahad Datu dilaporkan menolak kemungkinan ada unsur jenayah berhubung kematian Tay, seorang pakar patologi di hospital daerah Lahad Datu, yang didakwa membunuh diri kerana menjadi mangsa buli.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail, berkata pihaknya sedia maklum mengenai dakwaan dibuat ahli keluarga mangsa, tetapi polis belum dapat menentukan punca kejadian tersebut.

"Tetapi daripada siasatan kami, tiada unsur jenayah buat masa ini," kata Dzulbaharin seperti dilaporkan oleh The Star.

Dia menambah pihaknya akan menyerahkan isu dakwaan buli itu kepada Kementerian Kesihatan.

Menurut makluman kematian yang dikeluarkan oleh Hospital Lahad Datu, Tay meninggal dunia pada 29 Ogos.

Adiknya, yang menggunakan nama YS Tay di Facebook, dalam satu hantaran semalam mendakwa Tay yang melapor diri di hospital Lahad Datu pada Feb lalu meninggal dunia akibat tekanan dan menjadi mangsa buli.

Dia berkata, kakaknya yang baru berkahwin dijanjikan oleh pihak pengurusan akan dipindahkan kembali ke Semenanjung untuk bersama suaminya selepas dua tahun perkhidmatan.

MENARIK:  PRK DUN Mahkota buka tirai

Ketika dihubungi Malaysiakini, adik mendiang, Wenya Tay mengesahkan kematian Tay dan adiknya telah membuat hantaran di Facebook.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut kerana siasatan polis masih berjalan.

Kematian Tay Tien berlaku di tengah-tengah aduan tentang keadaan kerja yang teruk dan perbuatan buli terhadap kakitangan kesihatan di hospital kerajaan di Sabah oleh pegawai yang lebih senior.

Dilaporkan doktor mengalami penderaan lisan dan fizikal di hospital, termasuk cemuhan, cercaan perkauman dan ancaman dengan objek tajam kerana tidak mengikut arahan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular