Dr M dibenar keluar IJN

Shopee Sale

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), telah dibenarkan pulang ke rumah.

Pembantu Dr Mahathir, Sufi Yusoff, memberitahu Bloomberg kesihatan bekas pemimpin berusia 99 tahun itu semakin baik dan dibenarkan 'bercuti di rumah'.

Bagaimanapun, tidak jelas jika bekas perdana menteri itu, yang dibawa ke hospital pada 15 Julai lalu perlu kembali ke hospital untuk rawatan susulan.

Dr Mahathir sering keluar masuk hospital sejak beberapa tahun lalu kerana mempunyai sejarah masalah jantung dan pernah menjalani pembezahan pintasan jantung pada 1989 dan 2007.

Kali terakhir dia mendapatkan rawatan di IJN adalah pada Januari lalu akibat masalah jangkitan. Dia dibenarkan keluar dari hospital itu pada Mac.

Pada 2022, bekas perdana menteri itu juga dijangkiti Covid-19.

MENARIK:  Mesir sambut baik arahan ICJ, gesa PBB tamatkan krisis Gaza

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular