Dr M mohon mahkamah RCI Batu Puteh terbuka pada umum

Shopee Sale

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad telah memfailkan semakan kehakiman berhubung prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang sedang berlangsung bagi menyiasat isu kedaulatan berhubung Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge.

Mahathir memohon mahkamah untuk memerintahkan prosiding tertutup itu terbuka kepada umum dan memecat tiga daripada tujuh ahli panel RCI kerana didakwa berisiko berat sebelah.

Dia juga memohon pengisytiharan mahkamah bahawa dia adalah "orang yang kelakuannya menjadi subjek siasatan atau yang terlibat dalam perkara itu" yang disiasat oleh RCI, mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Siasatan Diraja 1950.

Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Siasatan Diraja memberi hak kepada orang berkenaan untuk diwakili peguam sepanjang prosiding di hadapan pesuruhjaya.

Mahathir juga mahu RCI memberikan dia dan peguamnya dengan semua dokumen, senarai saksi dan bukti dokumentari lain yang akan dibentangkan pada siasatan itu.

Dia memohon perintah mahkamah supaya prosiding RCI ditangguhkan sementara menunggu penyelesaian semakan kehakiman.

“Sijil segera juga telah difailkan untuk perbicaraan diadakan secepat mungkin oleh Mahkamah Tinggi Kuasa-kuasa Khas dan Rayuan Kuala Lumpur, memandangkan anak guam kami (Mahathir) telah disepina untuk menghadiri prosiding RCI pada 12 Jun,” kata peguamnya Rafique Rashid pada satu kenyataan hari ini.

MENARIK:  SURAT | PAS pertikai perlembagaan di KKB?

Sebelum ini, Mahathir mendakwa prosiding RCI diadakan secara tertutup tanpa memberitahu dia atau pasukan peguamnya.

Peguamnya secara tidak sengaja mengetahui tentang prosiding itu dan hadir perbicaraan pada 21 Mei serta membuat beberapa permohonan dan bantahan.

Bagaimanapun, usaha pasukan peguam Mahathir telah ditolak dan terpaksa tidak menyertai baki prosiding berkenaan.

Mahathir kemudia disepina untuk hadir perbicaraan RCI pada 12 Jun.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular