Dr M sasaran sebenar siasatan SPRM, dakwa anak

Shopee Sale

Dr Mahathir Mohamad adalah sasaran sebenar siasatan SPRM terhadap mereka, dakwa kata dua anak lelaki bekas perdana menteri itu.

"Bapa saya adalah suspek utama.

"Kami ada tanya, 'Bapa saya disiasat berkenaan apa?' dan mereka tidak dapat memberikan maklumatnya kepada kami.

"Bolehkah anda bayangkan, anda diminta untuk berikan maklumat untuk digunakan bagi mendakwa bapa anda?" kata Mokhzani Mahathir dalam wawancara bersama Bloomberg minggu lalu.

Pada Januari lalu, SPRM mengarahkan Mokhzani dan abangnya, Mirzan untuk mengisytiharkan harta mereka sejak 1981, tahun yang sama Mahathir menjadi perdana menteri.

Kedua-duanya memang dikenali sebagai ahli perniagaan dan dikatakan memiliki kekayaan yang besar.

SPRM menyatakan siasatan dibuat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan. Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Suruhanjaya itu menyatakan siasatan dimulakan pada Ogos 2022 terhadap semua entiti yang disebut dalam laporan Kertas Pandora dan Kertas Panama.

Pada masa itu, SPRM menjelaskan arahan itu adalah sebahagian daripada siasatan terhadap rekod perniagaan di luar pesisir yang didedahkan sebuah konsortium kewartawanan, namun tidak menyatakan yang Mahathir adalah sasaran utama.

SPRM menetapkan Februari lalu sebagai tarikh akhir untuk Mirzan dan Mokhzani membuat pengisytiharan, namun mereka memaklumkan diberi lanjutan sebayak dua kali.

MENARIK:  Dakwaan pedo di MRSM tiada bukti, polis siasat pengadu

Namun, kata mereka lagi, usaha untuk menyediakan rekod kewangan sejak era sebelum digital tetap sesuatu yang sukar.

Sejak sekian lama Mahathir menegaskan kekayaan anak-anaknya adalah hasil kerja keras mereka dan tiada kaitan dengannya.

Dia juga mendakwa kerajaan menggunakan SPRM untuk membuat siasatan bermotif politik terhadapnya dan keluarganya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular