Dua anggota polis difatwa syahid

Shopee Sale

Dua anggota polis yang maut dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Jumaat lepas diklasifikasikan sebagai mati syahid kerana kematian Fi Sabilillah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata kematian Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, itu adalah di jalan Allah, kerana menjaga dan mempertahankan keselamatan negara.

“Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan jenazah Allayarham kedua-dua anggota ini sebagai syahid akhirat, dengan pengurusan jenazah disempurnakan dengan melengkapkan empat rukun tahjiz jenazah iaitu dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan.

“Jawatankuasa mendoakan agar roh kedua-dua anggota ini dicucuri rahmat, kasih sayang dan keredhaan Allah, serta mendoakan Polis Diraja Malaysia terus bersemangat dan diberikan kekuatan untuk menjalankan tugas dalam menjaga keselamatan daripada pelbagai ancaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berhubung pengurusan jenazah suspek lelaki berusia 21 tahun yang ditembak mati dalam serangan itu, beliau berkata jawatankuasa memutuskan jenazah dimandi, dikafan dan disolat di hospital atau di rumah keluarganya sahaja, bukan di masjid atau surau.

Mohd Fared berkata jenazah suspek perlu dikebumikan di tanah perkuburan yang telah ditetapkan jawatankuasa, dengan kedudukan kubur berjauhan dari liang lahad penghuni kubur yang lain.

Beliau berkata langkah itu, sebagai peringatan kepada masyarakat agar tidak terlibat atau melakukan perkara seperti yang dilakukan suspek.

“Ia juga sebagai tanda menzahirkan kebencian terhadap apa yang telah dilakukan suspek, lebih-lebih lagi membunuh anggota yang menjaga keselamatan negara yang tiada melakukan salah dan silap terhadap suspek,” katanya.

Terdahulu, jenazah suspek dikebumikan di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram di Johor Bahru hari ini dengan dihadiri beberapa penduduk kampung serta pegawai dan anggota polis.

MENARIK:  Insiden keganasan tak berkait antara satu sama lain - Saifuddin

Dalam kejadian pada 2.45 pagi Jumaat itu, Ahmad Azza Fahmi dan Muhamad Syafiq meninggal dunia selepas diserang oleh seorang lelaki bertopeng bersenjatakan parang, manakala Koperal Mohd Hasif Roslan ditembak dan dilaporkan stabil selepas dirawat di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.

Pada Sabtu lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilapor berkata suspek yang terbunuh dalam serangan itu dipercayai bertindak sendirian dan tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular