Dua beranak dihanyutkan banjir di Kedah

Shopee Sale

Dua beranak dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba meredah banjir kilat di Kampung Tanjung Kiri, dekat Kuala Nerang, pagi tadi.

Operasi mencari dan menyelamat sedang ditingkatkan bagi mengesan Salmah Mat Zain, 46, dan anak lelakinya yang berstatus orang kurang upaya (OKU) Muhammad Rosman Rohaidi, 19, yang hilang dalam kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang Penolong Penguasa Bomba Aminuddin Mad Khozali berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kejadian itu pada pukul 8.29 pagi.

“Kerja-kerja pencarian di sekitar lokasi sedang dilakukan dengan menggunakan bot. BBP Pokok Sena dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Sungai Petani dan BBP Jitra juga telah diarahkan ke lokasi untuk membantu operasi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MENARIK:  Larian ‘songsang’ - Dua suspek warga emas didakwa hari ini

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular