Dua doktor cabar MPM tolak kelayakan ditawar kerja di London

Shopee Sale

Dua graduan pembezahan kardiotoraks yang terlibat dalam tuntutan mahkamah berhubung isu Parallel Pathway telah menerima tawaran kerja di luar negara, menurut pakar bezah Dr Hanafiah Harunarashid.

Hanafiah, yang juga pro-naib canselor di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur, mendedahkan seorang graduan menerima tawaran dari Hospital Diraja Brompton di London.

Seorang lagi, yang ingin menjadi pakar bezah jantung kanak-kanak pula telah ditawarkan pekerjaan di Hospital Kanak-kanak Great Ormond Street di London.

“Kami berusaha keras untuk memujuk pakar bezah jantung kami yang berkelayakan baru-baru ini untuk kekal. Mereka mahu (saya tahu hati mereka ada di sini), tetapi entah bagaimana mereka kecewa […]

Gambar hiasan.

“Kedua-duanya adalah pakar bezah Melayu, jika anda tertanya-tanya (identiti mereka). (Tetapi) pada saya, ini bukan maklumat yang relevan,” tulisnya pada hantaran di media sosial.


BACA BERKAITAN:

PANDUANKINI | Apakah parallel pathway, mengapa menjadi isu?


Pun begitu, dia tidak menamakan graduan yang menerima tawaran itu dan tidak menyatakan sama ada mereka menerima tawaran itu atau tidak.

Namun dia membangkitkan mengenai isu negara kekurangan pakar dan memberi amaran lebih ramai akan berhijrah jika Malaysia gagal mengambil tindakan pantas.

Semakan kehakiman

“Saya tahu mereka akan kekal jika kita dapat menyelesaikan isu ini dengan cepat. Jika tidak, kita akan kehilangan lebih daripada sekadar dua (pakar) sahaja,” katanya sambil berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan dan usaha menteri kesihatan untuk meyakinkan mereka untuk kekal di Malaysia.

Pada 20 Mac, empat graduan latihan Parallel Pathway dengan Royal College of Surgeons Edinburgh telah memfailkan semakan kehakiman untuk menentang keputusan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) menolak permohonan mereka untuk mendaftarkan diri mereka dalam Daftar Pakar Kebangsaan (NSR).

Empat doktor itu ialah Dr Nur Aziah Ismail, Dr Syed Nasir Syed Hassan, Dr Chong Kee Soon dan Dr Lok Yuh Ing.

MMC berkata ia tidak mengiktiraf kelayakan Fellowship of the Royal College of Surgeons of Edinburgh in Cardiothoracic Surgery (FRCS Ed), manakala graduan berhujah bahawa MMC telah berulang kali memberi isyarat bahawa program Parallel Pathway untuk pembezahan dan FRCS Ed diiktiraf.

Kes itu telah mencetuskan gesaan kontroversi untuk membuka program pembezahan kardiotoraks Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada pelajar bukan Bumiputera sebagai penyelesaian sementara kepada isu itu dan untuk menyelesaikan kekurangan umum pakar perubatan.

Persatuan Perubatan Malaysia berkata nisbah penduduk kepada pakar Malaysia ialah 10,000 berbanding empat, jauh lebih rendah daripada purata Pertubuhan Pembangunan Kerjasama Ekonomi (OECD) sebanyak 10,000: 14.3.

Pemeriksaan di NSR mendedahkan hanya 88 doktor telah menyenaraikan pembezahan kardiotoraks sebagai kepakaran pertama atau kedua mereka.

Menurut portal berita kesihatan CodeBlue, kes itu merupakan tuntutan ketiga di mahkamah yang diketahui mengenai isu Parallel Pathway.

Dua lagi melibatkan semakan kehakiman oleh pakar bezah saraf dengan kelayakan FRCS Ireland dalam pembezahan saraf dan enam graduan patologi dalam genetik perubatan dari Universiti Sains Malaysia.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dijangka membentangkan kertas cadangan kepada kabinet untuk menangani isu itu, berikutan nasihat Jabatan Peguam Negara untuk meminda beberapa undang-undang.

Menteri Pengajian Tinggi Zambry Abdul Kadir ketika mesyuarat kabinet pada 29 Mei membangkitkan isu sebenar Parallel Pathway adalah tiada pengesahan dan pengiktirafan daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) kepada kumpulan pelajar ini.

MENARIK:  Calon Perpaduan diumum Rabu ini - Rafizi

Malaysia menghadapi kekurangan pakar perubatan termasuk pakar bezah kardiotoraks.

Tiga pusat Kementerian Kesihatan di Kota Bharu, Kuantan dan Kota Kinabalu masing-masing hanya mempunyai seorang pakar bezah kardiotoraks.

UiTM ialah satu-satunya universiti yang menawarkan program Parallel Pathway dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) dalam bidang kardiotoraks, yang merangkumi pembezahan dan penjagaan penyakit jantung dan paru-paru.

Pada 25 April, portal kesihatan Codeblue melaporkan ahli lembaga program pascasiswazah pembezahan kardiotoraks UiTM-IJN, Raja Amin Raja Mokhtar berkata universiti itu bersetuju membuka kursus itu kepada bukan bumiputera.

Persatuan Perubatan Malaysia sebelum ini berkata UiTM perlu membenarkan kemasukan bukan bumiputera yang mendapatkan latihan khusus dalam bidang kardiotoraks, memandangkan pelajar antarabangsa boleh mendaftar untuk program berkenaan.

Menteri pengajian tinggi sebelum ini berkata belum ada perbincangan mengenai kebenaran kemasukan bukan bumiputera dalam program tersebut.

Pelajar UiTM kemudiannya membantah kemasukan pelajar bukan bumiputera dengan kempen memakai baju hitam.

Ketua Pemuda Umno Muhamad Akmal Saleh turut menyuarakan bantahan terhadap cadangan itu.

“Jangan ganggu UiTM, UiTM kekal milik bumiputera dulu, kini dan selamanya,” tegasnya.

Naib Canselor UiTM Shahrin Sahib berkata universiti itu tetap mempertahankan Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang hanya membenarkan kemasukan pelajar bumiputera.

Bagaimanapun, katanya, UiTM akan menerima sebarang keputusan kerajaan dengan restu Yang di-Pertuan Agong sekiranya perkara itu berbangkit atas keperluan negara.

Sementara itu, sebelum isu berkenaan mencetuskan kontroversi, terdapat isu berasingan mengenai pakar yang lulus dari program parallel pathway tidak dapat mendaftar untuk menjalankan praktik mereka.

Empat graduan yang memperoleh kelayakan Fellowship of Royal Colleges of Surgeons Edinburgh (FRSC Ed) untuk pembezahan kardiotoraks diberitahu mereka tidak boleh mendaftar sebagai pakar dan mengamalkan kepakaran di negara ini.

Ini kerana Majlis Perubatan Malaysia tidak mengiktiraf kelayakan FRCS Ed menyebabkan Kementerian Kesihatan memberi maklum balas untuk meminda Akta Perubatan bagi menyelesaikan perkara itu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular