Dua jaga didakwa baling bom petrol ke pusat hiburan

Shopee Sale

Dua pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol ke sebuah pusat hiburan di ibu kota, minggu lepas.

Pertuduhan terhadap M Preemraj dan Nor Rahman Sadik, masing-masing berusia 25 tahun dibacakan dihadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril.

Kedua-dua mereka didakwa bersubahat bersama suspek yang masih bebas membaling empat botol yang dinyalakan dengan api ke arah pintu depan pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng di Kuala Lumpur pada 2.17 pagi, 9 Mei lepas sehingga menyebabkan kerugian RM3,000.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh menawarkan jaminan RM15,000 kepada setiap tertuduh dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai.

Peguam MV Yoges yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan Preemraj menghidap penyakit sawan selain mengalami kesukaran untuk berjalan akibat terbabit dalam kemalangan tahun lepas manakala bagi Nor Rahman, isterinya kini dalam tempoh berpantang kerana baru melahirkan anak.

MENARIK:  Tahanan ke atas 5 Adun PAS, Bersatu di Perlis khabar angin - Azam Baki

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM5,000 setiap seorang dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan selain menetapkan 21 Jun ini untuk sebutan semula kes.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular