Dua nelayan dilaporkan tidak pulang selepas memancing

Shopee Sale

Dua nelayan dilaporkan tidak pulang ke jeti Kampung Baru Beserah, di Kuantan selepas keluar memancing ikan di laut, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian yang melibatkan Zahari Sidek, 57, dan Zakaria Ramli, 57, yang kedua-duanya beralamat di Beserah, di Kuantan pada 11.52 pagi tadi.

Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diterima kedua-dua lelaki berkenaan telah ke laut dengan sebuah bot untuk memancing ikan sekitar 7 pagi semalam dan sepatutnya balik ke jeti itu pada 6 petang.

Katanya kedua-dua mangsa dipercayai kali terakhir dilihat sedang memancing di lokasi kira-kira 47 kilometer dari kawasan pantai oleh rakan mereka yang ketika itu dalam perjalanan hendak balik ke jeti sekitar 3 petang.

"Mengikut maklumat yang diterima, terdapat lapan bot yang keluar memancing dan memukat ikan namun kesemuanya telah balik ke jeti melainkan bot mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata pihaknya dimaklumkan kedua-dua lelaki itu membawa alat sistem pengesan global (GPS) dan jaket keselamatan bersama namun telefon bimbit tidak dibawa.

MENARIK:  Pakar patologi, 5 lelaki lain kekal bersalah bunuh Morais

Beliau berkata usaha mencari nelayan berkenaan turut dijalankan sekitar 7.30 pagi ini oleh rakan mereka di lokasi mangsa dikatakan memancing semalam, tetapi gagal dikesan kerana laut bergelombang.

Katanya operasi mencari dan menyelamat kedua-dua lelaki itu sedang dijalankan.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular