Dua rakan lemas di Pantai Kuala Muda

Shopee Sale

Dua lelaki dilaporkan lemas ketika mandi di Pantai Kuala Muda di Kepala Batas hari ini, kata pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Supt Zulkeflee Sulaiman.

Beliau berkata mangsa dikenali Ho Wei Keat, 26, dan Lim You Yi, 14, lemas ketika mandi di pantai itu bersama rakan-rakan mereka.

"Sekumpulan 13 individu pergi ke kawasan pantai itu sebelum dua daripadanya dilaporkan hilang kira-kira 5 petang tadi.

"Berikutan itu, pihak berkuasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebelum mayat pertama iaitu Ho ditemukan pada 6.50 petang manakala mayat kedua (Lim) pula dijumpai 7.30 malam tadi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bezah siasat.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular