Dua terperanangkap selepas kereta dinaiki mereka dihempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan Datuk Kumbar di Alor Setar petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata pihaknya yang menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.43 petang tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian.
Dalam kenyataan di Alor Setar beliau berkata sebaik tiba di lokasi, didapati ada sebatang pokok yang tumbang dan menghempap dua kereta.
Beliau berkata dua lelaki berumur 38 dan 61 tahun yang terperanangkap dalam kenderaan itu telah berjaya dibawa keluar dari kenderaan masing-masing dengan bantuan orang ramai sebelum ketibaan bomba, dan mereka tidak mengalami kecederaan.
"Pokok berkenaan tidak menghalang lalu lintas dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.04 petang," katanya.
Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!