Dua wanita maut sejak empat hari akibat lemas terhidu gas helium

Shopee Sale

Polis mengesahkan punca kematian dua wanita yang dijumpai meninggal dunia dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda WRV di Taman Sungai Rambai di Bukit Mertajam semalam, akibat lemas terhidu gas helium.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris berkata berdasarkan laporan bezah siasat dijalankan ke atas mayat dua wanita berkenaan mendapati mereka telah meninggal dunia sejak empat hari lepas.

“Laporan bezah siasat mendapati kedua-dua wanita tempatan berusia 25 dan 30 tahun itu lemas terhidu gas helium dan kes kematian mereka diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Berdasarkan pemeriksaan di lokasi penemuan mayat mereka dalam kereta tersebut, polis tidak menemukan sebarang senjata atau peralatan yang boleh dikaitkan dengan kematian dua wanita itu dengan unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan, mayat dua wanita yang sudah berbau busuk ditemukan dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan berhampiran sebuah taman perumahan di Taman Sri Rambai di sini, petang semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat berkenaan daripada penduduk sekitar kawasan itu kira-kira 5.30 petang.

Sementara itu, Helmi berkata berdasarkan siasatan mendapati keluarga kepada kedua-dua wanita yang juga kawan karib itu ada membuat laporan berhubung kehilangan mereka pada 5 Julai lepas.

MENARIK:  Polis buka kertas siasatan kes kecoh lepas JDT lawan KL City

Difahamkan, mereka dari Negeri Sembilan dan datang ke Pulau Pinang untuk bercuti.

Jenazah kedua-dua wanita berkenaan telah dituntut oleh ahli keluarga mereka selepas selesai proses bezah siasat di HSJ kira-kira 2 petang hari ini.

Media sebelum ini turut melaporkan pihak polis menemui nombor telefon dipercayai milik ahli keluarga seorang daripada wanita itu yang diletakkan di bahagian papan pemuka kereta tersebut dipercayai bagi memudahkan pencarian mereka.

Barang-barang mereka termasuk dokumen pengenalan diri dan barangan berharga turut ditemukan dalam kereta Honda WRV milik wanita berusia 30 tahun itu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular