‘Ekonomi kita terjejas jika putuskan hubungan dengan semua syarikat berkaitan Israel’

Shopee Sale

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkata di sebalik tindakannya memutuskan semua hubungan dengan syarikat milik Israel di negara itu, ekonomi Malaysia akan terjejas jika perkara sama dilakukan ke atas semua syarikat berkaitan Israel yang beroperasi di luar negara.

Mengulas bidasan terhadap penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah firma yang bakal diambil alih oleh Blackrock yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang didakwa membiayai pembunuhan beramai-ramai di Gaza, Anwar turut mengajak rakyat supaya bersatu dalam isu berkenaan.

“Umat Islam khususnya rakyat Malaysia berpakat la. Kita dari segi kerajaan dan saya sendiri buat pendirian maksimum depan kuasa besar, jumpa pemimpin Hamas. Kita dah buat sedaya upaya kita.

“Saya percaya sebahagian yang menentang ada hujahnya dan ikhlas, tapi sebahagiannya nak tunggang politik. Jangan guna isu ini kerana isu ini harus persatukan kita,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Tun Abdul Aziz, di Petaling Jaya hari ini.

Perdana Menteri turut mengecam pengkritik daripada kerajaan terdahulu.

“Boleh tegur dan kritik saya, tiada masalah tapi jangan  nak tunjuk siapa lebih pahlawan. 

“Padahal siapa yang izinkan syarikat Israel beroperasi di sini (Malaysia) dulu?

“Kapal mana yang dibenarkan masuk oleh mantan PM pada 2002, diteruskan oleh semua kerajaan, semua pemimpin, termasuk mantan mantan menteri yang dok bising sekarang?” soalnya.

Sebaliknya, Anwar berkata, dia yang membuat keputusan membatalkan kerjasama dengan semua syarikat Israel yang beroperasi dari negara itu.

MENARIK:  Mahkamah benarkan Rosli cabar polis kaitkannya dengan laporan AirAsia

Dia seterusnya mempersoalkan bagaimana pula dengan hubungan negara jika membabitkan syarikat-syarikat berkaitan Israel yang beroperasi, sebagai contoh di Amerika Syarikat  Jerman,dan China.

“Tapi (mereka) ada kaitan dengan Israel? Tak ada upaya kita dalam keadaan sekarang membatalkan (hubungan itu) kerana ini akan menjejaskan ekonomi negara,” katanya. 

Sehubungan itu, perdana menteri berkata rundingan dengan GIP harus dilakukan terlebih dahulu.

“Kita runding dulu dengan GIP. Akhir tahun lalu, Blackrock ambil alih (GIP). Syarikat yang ada kepentingan Blackrock ada beroperasi di Kelantan, Selangor, Sarawak, seluruh negara dan di pasaran saham,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular