Elak isu 3R antara inti pati MOU Putrajaya-pembangkang

Shopee Sale

Draf memorandum persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang antara lain memfokuskan usaha memastikan kestabilan negara dan mengelakkan perpecahan terutamanya berkaitan isu 3R (raja, agama dan kaum).

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata perincian draf berkenaan sedang dimuktamadkan dan akan diserahkan kepada majlis kerja tertinggi semua parti politik kerajaan serta pembangkang untuk diluluskan.

"Kami masih memperincikan (draf) tetapi gambaran (MoU) sudah saya berikan apa kandungannya, iaitu pertama, untuk fokus supaya semua ahli parlimen melihat bagaimana untuk membangunkan dan memulihkan ekonomi negara.

"....(kedua) untuk memastikan kestabilan supaya kita dapat menarik seramai mungkin pelancong dan mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan perpecahan, 3R dan sebagainya," katanya.

Fadillah berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sains Negara, di Putrajaya hari ini.

Pada 18 April lalu Fadillah dilaporkan berkata Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada dasarnya bersetuju untuk memberi pertimbangan kepada usaha menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Sehubungan itu, satu draf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pembangkang sebagai langkah perundingan lanjut.

MENARIK:  4 ditahan kes gaduh parkir di kuil

Pada 25 April, Fadillah berkata draf tersebut masih dirangka dan akan diserahkan kepada pembangkang dalam masa terdekat.

Katanya antara inti pati draf tersebut ialah memberi tumpuan kepada persefahaman menggerakkan pembangunan negara, fokus kepada ekonomi dan kebajikan rakyat.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular