Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api

Shopee Sale

Empat ahli sindiket along termasuk seorang wanita hamil tiga bulan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru hari ini atas lima pertuduhan melakukan khianat dengan api terhadap empat mangsa, bulan lepas.

Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, Abdul Halim Md Noor, 31, Veeno Chiew Men Ying, 42, dan Nur Azman Hassan, 36, didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu bagi maksud hendak menyebabkan kebinasaan kediaman dan kenderaan tiga mangsa di sekitar Ulu Tiram dan Taman Abad, di Johor Bahru, antara 10 Mac hingga 27 Mac lepas.

Pertuduhan kelima pula, Abdul Halim, Chiew dan Liew Choon Kian, 44, didakwa bersama-sama melakukan khianat dengan api bagi maksud hendak menyebabkan kerosakan kediaman seorang wanita di Ulu Tiram pada 15 Mac lepas.

Kesemua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan Seksyen 436 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan 20 tahun masing-masing dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim membenarkan Abdul Halim dan Chiew masing-masing diikat jamin RM70,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan, manakala Nur Azman RM56,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan Liew RM14,000 dengan seorang penjamin bagi satu pertuduhan.

Empat tertuduh itu juga dikenakan syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis berhampiran setiap sebulan sekali, tidak mengganggu mangsa dan saksi-saksi pendakwaan selain menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

MENARIK:  Isu stoking: Stand down dan susah-sudahlah, kata polis

Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Syafiqah Sha'ari dan Sharifah Natasha Syed Ahmad.

Peguam Nur Zafirah Norizan mewakili Abdul Halim, Chiew dan Nur Azman, manakala Liew diwakili peguam Adrian Lu Chian Chern dan Goh Poh Gek.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular