Empat orang cedera ambulans terbabas ke parit

Shopee Sale

Empat individu termasuk seorang lelaki warga emas cedera selepas ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dinaiki mereka terbabas ke dalam parit berdekatan Jalan Tol Kamunting, Taiping hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi.

Katanya kemalangan tersebut membabitkan pesakit lelaki berusia 68 tahun serta dua lelaki dan seorang wanita yang merupakan petugas KKM berusia lingkungan usia 20 hingga 57 tahun.

“Lelaki warga emas dan wanita berkenaan mengalami kecederaan parah manakala dua lelaki pula hanya cedera ringan.

“Warga emas itu adalah pesakit yang dibawa menaiki ambulans dari Hospital Parit Buntar ke Hospital Taiping bagi pemeriksaan kesihatan.

"Kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Hospital Parit Buntar,” katanya dalam satu kenyataan.

Sabarodzi berkata semua mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

MENARIK:  Kesan sampingan vaksin Covid-19: K'jaan jamin sedia rawatan - Dzulkefly

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular