Enam MP Bersatu sokong Anwar masih kekal wakil rakyat, kata speaker

Shopee Sale

Dewan Rakyat masih belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung status keahlian enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan pindaan perlembagaan parti itu yang diluluskan baru-baru ini. 

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul berkata sehubungan itu kedudukan enam wakil rakyat berkenaan masih kekal sebagai Ahli Parlimen.

Johari Abdul

“Selagi ia tidak melibatkan Parlimen, saya tidak akan terlibat dan ambil pusing sebab itu isu politik, isu pentadbiran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), hinggalah mereka selesai masalah mereka dan akhirnya datang kepada saya untuk meminta pandangan atau keputusan, waktu itu saya akan buat.

“Sekarang ini tidak ada apa-apa berlaku lagi, notis apa pun tak terima, satu surat dan e-mel pun tak ada. Saya anggap tak ada apa-apa berlaku selagi benda itu tidak datang ke meja saya, itu hak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada House Committee of The Legislative Council of The Hong Kong Special Administrative Region (LEGCO) di Bangunan Parlimen hari ini. 

Pada 2 April lepas, media melaporkan ROS telah meluluskan permohonan pindaan Perlembagaan Bersatu yang membolehkan parti itu menggugurkan keahlian mereka dan seterusnya mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang bertindak memberi sokongan kepada pihak lawan.

Enam ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman Labuan dan seorang ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

MENARIK:  UiTM 'apartheid' - Andrew jahil, kata naib canselor IPTA

Johari berkata beliau juga tidak akan campur tangan isu berkaitan parti politik berkenaan.

“Harus diingat apa berlaku di luar Parlimen ini bukan bidang kuasa saya, sama ada satu parti nak ubah, tambah atau tukar perlembagaan parti, itu juga bukan masalah saya. Begitu juga apa terjadi kepada satu keanggotaan bukan masalah saya,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular