Etnik Bajau Laut di Semporna didakwa diusir, rumah diroboh

Shopee Sale

NGO Borneo Komrad mendakwa etnik Bajau Laut di Semporna, Sabah diusir pihak berkuasa dengan rumah atas air yang dihuni mereka dirobohkan.

Pengasas Borneo Komrad Mukmin Nantang (gambar utama) mendakwa operasi itu dibuat semalam dan hari ini, melibatkan etnik Bajau Laut yang tinggal di tujuh pulau di Semporna, antaranya Pulau Bohey Dulang, Pulau Maiga, Pulau Bodgaya, Pulau Sebangkat dan Pulau Sibuan.

"Pihak berkuasa tiba semalam roboh dan bakar rumah sebab nak halau mereka. Mereka dianggap sebagai pendatang dan penduduk setinggan yang membina rumah di atas air.

"Hakikatnya mereka berasal di sana, namun tidak dibenarkan mendapat pendidikan dan hak untuk memiliki tanah," dakwanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Etnik Bajau Laut mengamalkan cara hidup berpindah-randah di laut, tinggal di perahu-perahu kecil atau rumah-rumah yang dibina di atas air.

MENARIK:  PM: Pulau Pinang catat sifar miskin tegar menjelang Jun ini

Sejak sekian lama, komuniti ini dibelenggu masalah tiada kewarganegaraan, menyebabkan mereka tidak mendapat hak seperti pendidikan dan kesihatan bersubsidi di kemudahan kerajaan.

Terdahulu hari ini, Borneo Komrad mengongsikan beberapa rakaman video berkenaan dakwaan pengusiran itu di X.

Antaranya video yang memaparkan beberapa lelaki sedang menolak sebuah rumah yang usang sehingga roboh, serta menunjukkan seorang perempuan merintih kerana kehilangan tempat tinggal dan memohon belas kasihan daripada "pihak di atasan".

Menurut Mukmin lagi, mereka kini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah dan perahu mereka dibakar.

"Perahu mereka juga dibakar, jadi mereka tidak tahu nak pergi ke mana," dakwanya lagi.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular