Fadillah ucap selamat Hari Gawai

Shopee Sale

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak kepada seluruh masyarakat Dayak khususnya di Sarawak dan di mana sahaja mereka meraikan perayaan itu.

Beliau berharap perayaan itu membawa tuah dan rezeki yang lebih baik kepada masyarakat Dayak sekali gus memperkukuhkan lagi hubungan kekeluargaan serta persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Sarawak.

Fadillah berkata pesta tradisi yang disambut etnik Iban, Bidayuh dan Orang Ulu itu bagi meraikan berakhirnya musim menuai turut mencerminkan kekayaan warisan tradisi masyarakat Dayak selain menjadi lambang kesatuan dalam kepelbagaian dalam kalangan masyarakat di Bumi Kenyalang.

“Gawai Dayak adalah perayaan yang mengangkat identiti masyarakat Dayak keseluruhannya dan ia amat penting untuk kita meraikan perpaduan yang menjadi teras ke arah kemakmuran bersama.

“Istimewanya Sarawak ialah tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik, semua kaum boleh duduk bersama, makan bersama dan meraikan apa juga perayaan bersama-sama, sehingga Bumi Kenyalang menjadi contoh dalam soal toleransi, keharmonian dan perpaduan di negara ini,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

MENARIK:  Dakwa ugut dipecat: Guan Eng bohong terang-terangan - Dr M

Beliau turut mendoakan mereka yang pulang ke kampung halaman atau rumah panjang bagi meraikan perayaan itu bersama keluarga tercinta agar selamat sampai ke destinasi masing-masing.

“Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai Lantang Senang Nguan Menua,” katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular