Fahmi dibenar pindah kes terhadap Papagomo ke mahkamah lain

Shopee Sale

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil untuk memindahkan kes samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo ke Mahkamah Tinggi lain di Kuala Lumpur.

Saman itu difailkan Fahmi pada 5 Sept tahun lepas, berhubung dakwaan kononnya Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memberikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, Selangor.

Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi yang mewakili Fahmi berkata Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan permohonan itu selepas tiada bantahan daripada pihak defendan (Wan Muhammad Azri).

Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo

"Kes ini akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC 12) untuk membolehkannya didengar bersama dua lagi kes saman yang difailkan oleh plaintif (Fahmi) terhadap Mohd Fauzan Madzlan dan Ahmad Dusuki Abd Rani yang sudah berada di mahkamah itu (NCvC 12).

"Pihak kami akan memfailkan permohonan di NCvC 12 untuk ketiga-tiga saman fitnah ini didengar bersama memandangkan ketiga-tiga kes melibatkan fakta-fakta dan saksi-saksi plaintif yang hampir sama," kata peguam itu ketika dihubungi Bernama hari ini.

Selain Wan Muhammad Azri, Fahmi juga memfailkan saman terhadap penceramah bebas Ahmad Dusuki serta pemilik akaun Facebook “N13 Kuang” Mohd Fauzan berhubung isu sama.

Ahmad Dusuki (kanan)

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Fahmi mendakwa ketiga-tiga defendan telah menyiarkan kata-kata fitnah yang mendakwa beliau menyalahgunakan tempat beribadah iaitu masjid bagi tujuan kempen pilihan raya dan bertindak bertentangan dengan titah dan perintah Sultan Selangor.

MENARIK:  'Mungkin presiden PAS boleh jawab', kata Kula isu warga Israel

Fahmi mendakwa kata-kata fitnah itu disiarkan di akaun Facebook milik Mohd Fauzan serta akaun Facebook dan Instagram milik Ahmad Dusuki pada 31 Julai 2023 manakala di akaun TikTok dan Facebook Wan Muhammad Azri pada 1 Ogos, tahun sama.

Menurut Fahmi, kenyataan fitnah itu tidak berasas dan pihak Majlis Agama Islam Selangor telah mengesahkan bahawa beliau sama sekali tidak memberikan ucapan berbaur politik seperti mana yang difitnah oleh defendan.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk atau teladan dan perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada mengulangi atau menyebabkan penerbitan semula kenyataan fitnah itu.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular