Fahmi Fadzil menghadap Sultan Selangor 

Shopee Sale

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Istana Bukit Kayangan dekat Shah Alam, semalam.

Sesi menghadap itu adalah bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Sultan Ibrahim yang dijadualkan berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai ini.

Fahmi merupakan Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong.

Dalam hantaran menerusi laman Instagram Selangor Royal Official, Sultan Sharafuddin berkenan menerima warkah persilaan tersebut. 

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.

Pada 16 Mei lepas, Fahmi dilaporkan berkata kerajaan dengan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong akan melaksanakan pelbagai acara sempena istiadat penuh simbolik itu yang berlangsung lima tahun sekali.

Antara acara tersebut ialah Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Negara, Lawatan Raja Permaisuri Agong ke Hospital Orang Asli Gombak dan Pameran Raja Kita di Muzium Negara.

MENARIK:  Awas lupa kunci kereta, nanti ada orang masuk berak

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular