Fahmi: Kerajaan perpaduan sambut tiga peristiwa malam ini

Shopee Sale

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil menyifatkan kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu sebagai sesuatu yang bersejarah.

Katanya, sambutan kemenangan malam ini cukup bermakna sempena ulang tahun ke-25 tahun PKR dan juga ulang tahun ke-78 Umno yang disambut hari ini.

Kejayaan Pang Sock Tao itu menjadi tiga sambutan bermakna buat Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

"Malam ini agak baiknya kita sambut ulang tahun PKR ke-25 sekali dengan sambutan Umno yang ke-78.

"Bersekali ia dengan kemenangan calon kerajaan perpaduan di Kuala Kubu Bharu," katanya ketika ditemui di Kuala Kubu Bharu, malam ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi ketika laporan ini tulis, PH yang diwakili DAP berjaya mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu dengan majoriti undi melebihi 3,000.

PRK Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong mewakili PH pada 21 Mac lalu.

MENARIK:  Adendum Najib: Anwar tak boleh kata tak tahu - Aliran

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular