Fahmi puji Bernama, RTM tangani isu 3R

Shopee Sale

PARLIMEN | Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) sentiasa mendukung segala usaha kerajaan dalam menangani isu sensitiviti 3R (bangsa, agama dan raja).

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kedua-dua agensi berkenaan sentiasa mendidik masyarakat untuk menghormati nilai ilmu dan membuat keputusan berdasarkan teras serta tonggak dalam budaya MADANI melalui bahan siaran di platform penyiarannya iaitu televisyen (TV), radio dan media digital.

Beliau berkata antara inisiatif dilaksanakan Bernama termasuk menyediakan beberapa rancangan dan program berkaitan isu 3R, seperti rancangan Program Apa Khabar Malaysia, Ruang Bicara, The Brief, The Nation dan Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV, dengan menjemput tetamu daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kepakaran.

"Sepanjang tahun 2023, RTM telah mengambil inisiatif menjadikan 3R sebagai tema perbincangan melalui siaran program di TV iaitu bual bicara Naratif Khas yang bersiaran sebanyak enam kali.

“Pada 31 Mei 2023, Naratif Khas telah mengutarakan topik Menoktah Isu Kalimah Allah, dan topik Menangkis Sentimen Ekstremis Agama pula disiarkan pada 8 Ogos 2023," katanya ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Komunikasi di Dewan Rakyat hari ini.

Fahmi berkata program-program sedemikian bertujuan mendidik masyarakat agar berfikiran secara logik dan mengelak perselisihan berkaitan perkara-perkara yang mengelirukan mengenai agama.

Pada masa sama katanya ia juga berperananan sebagai peringatan kepada mana-mana pihak supaya tidak mencetuskan provokasi melampau sehingga mewujudkan perbalahan yang akhirnya boleh menjejaskan keharmonian kaum.

Sementara itu dalam usaha menyebar luas maklumat berkenaan perubahan iklim menerusi media rasmi pula, beliau berkata RTM telah mengupas isu itu secara kritis dan mendalam termasuk menerusi program Bual Bicara Naratif sebanyak dua kali tahun lepas, dengan menjemput tetamu yang mahir dengan topik berkaitan.

Beliau berkata RTM juga berlintas langsung ke Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meterologi atau MetMalaysia semasa siaran Berita Wilayah pada 5 petang setiap hari dan diulang siar dalam bentuk paparan grafik dalam Berita Perdana pada pukul 8 malam.

“Bernama pula telah menghasilkan laporan berbentuk penyiasatan bagi mengetengahkan isu-isu alam sekitar dan implikasi perubahan iklim terhadap sektor pertanian dan industri makanan termasuk hal-hal yang memberi kesan kepada tanaman, bekalan makanan dan keselamatan makanan,” katanya.

MENARIK:  PM arah 100 pokok baru ditanam ganti pokok terpaksa ditebang

Menurut beliau sejak 1 Jan tahun lepas sehingga kini, 54 laporan berkaitan perubahan iklim telah dihasilkan oleh agensi berita itu.

Fahmi berkata laporan hasil wawancara dengan pakar serta pihak berkuasa yang mempunyai kaitan dalam bidang perubahan iklim dan pertanian, dihebahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai platform iaitu wires, Bernama TV, Bernama Radio dan media digital.

"Bernama juga bekerjasama dengan pakar, saintis dan ahli akademik dalam menghasilkan bahan kandungan yang berkualiti serta mudah difahami mengenai perubahan iklim dan kesannya terhadap sektor pertanian dan industri makanan," katanya.

Sementara itu Fahmi berkata Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) berjaya melaksanakan sejumlah 144 program komunikasi komuniti bermula 1 Jan 2023 sehingga 17 Nov 2023 bagi menyampaikan kefahaman mengenai dasar-dasar kerajaan kepada orang ramai.

"Program ini melibatkan 96,000 orang meliputi kumpulan sasar iaitu pemimpin tempatan, belia, agamawan, usahawan tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Selain program bersemuka, hebahan kandungan kreatif melalui platform digital dan bahan penerbitan turut dilaksanakan oleh RTM, Bernama, Jabatan Penerangan (JaPen) dan J-KOM," katanya.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular