Faizal yakin calon PN tak akan lompat jika menang

Shopee Sale

PRK KKB | Bersatu yakin calon PN Khairul Azhari Saut tidak akan menukar sokongan kepada kerajaan Selangor sekiranya menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini.

Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata demikian ketika ditanya jika Khairul Azhari diminta menandatangani perjanjian atau akaun bersumpah (SD) agar tidak menukar sokongan selepas PRK.

"Dia telah membuat ikrar. Kita yakin dengan calon yang kita pilih.

"Kami yakin dia tidak akan melompat sekiranya menang nanti," katanya kepada Malaysiakini.

Khairul Azhari yang merupakan pemangku ketua Bersatu Hulu Selangor bakal berdepan dengan calon PH Pang Sock Tao, Hafizah Zainudin (PRM) dan Nyau Ke Xin (bebas).

Sebelum ini, Bersatu berdepan krisis dalaman selepas enam ahli parlimen parti itu mengalihkan sokongan kepada kerajaan dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), dan Suhaili Abdul Rahman ( Labuan).

Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari pula memberikan sokongan kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Sementara itu, Pengerusi PN Selangor Mohamed Azmin Ali menyuarakan keyakinan yang PN berpeluang memenangi PRK kali ini, dan membangkitkan Khairul Azhari yang menjadi calon nombor satu di kertas undi.

"Ini satu permulaan yang baik kepada para pengundi Kuala Kubu Bharu.

"Saya minta pengundi ambil kertas undi jangan tengok yang lain, pangkah nombor satu.

"Saya lihat kemenangan sudah hampir dengan kita dan calon kita sebentar tadi telah pun berikrar sekiranya diizinkan Allah menjadi wakil rakyat, dia akan memberikan khidmat yang terbaik bagi rakyat Kuala Kubu Bharu," katanya.

Adun Permatang daripada Bersatu, Nurul Syazwani Noh pula berkata dia yakin pengundi wanita akan menyokong calon PN.

MENARIK:  Tiga lelaki ditahan bantu siasatan kes culik remaja di Pasir Gudang

"Sepanjang seminggu saya di sini, saya membuat beberapa tinjauan daripada rumah ke rumah.

"Saya dapat lihat ramai wanita mengadu pasal tekanan harga barang. Jadi, penduduk KKB khususnya wanita memang ada harapan (untuk sokong PN) dan tak senang dengan kerajaan negeri dan pusat," katanya.

Kuala Kubu Bharu memiliki 40,226 pengundi berdaftar, merangkumi 49.3 peratus pengundi Melayu, didikuti Cina (30.6 peratus), India (17.9 peratus) dan selebihnya kaum lain.

Kempen bermula secara rasmi hari ini dan akan berjalan selama dua minggu, dengan hari mengundi ditetapkan pada 11 Mei.

PRK Kuala Kubu Bharu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, yang memegang kerusi tersebut sejak 2013.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular