Fitnah: Mufti Perlis saman GISBH RM10 juta

Shopee Sale

Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin, memfailkan saman fitnah sebanyak RM10 juta terhadap syarikat kontroversi GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Tokoh agama negeri itu memfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 Oktober lalu.

Berdasarkan dokumen kes yang dilihat oleh Malaysiakini, plaintif mengemukakan saman tersebut berdasarkan sidang media yang diadakan oleh defendan pada 29 Ogos.

Sidang media berkenaan merujuk kepada surat tuntutan GISBH kepada Asri berhubung dakwaan kenyataan fitnah yang dibuatnya terhadap kumpulan itu.

Surat tuntutan itu memfokuskan kepada hantaran di  Facebook Asri pada 16 Ogos yang didakwa merujuk kepada sebuah kumpulan ajaran tertentu tanpa menyebut sebarang nama.

Dalam afidavit sokongan, Asri menafikan dakwaan pada  sidang media tersebut, dan menyatakan bahawa tuduhan tersebut menggambarkan dirinya sebagai pemimpin agama yang tidak mematuhi sunnah Islam.

Selain sidang media itu, tindakan saman sivil Asri turut melibatkan dua lagi hantaran Facebook GISBH.

Asri mendakwa walaupun dia telah mengeluarkan surat tuntutan agar GISBH memadam hantaran di Facebook, membuat permohonan maaf, dan membayar ganti rugi RM10 juta, pihak defendan gagal mematuhi tuntutan tersebut.

Melalui saman ini, Asri menuntut ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM10 juta.

Plaintif juga memohon perintah mahkamah agar defendan memadam hantaran di Facebook berkaitan, memohon maaf secara terbuka di media sosial dan akhbar, serta menanggung kos tindakan undang-undang.

MENARIK:  'Ingat setiap kali tidur malam' - Muda kecam MP sokong RUU isu kewarganegaraan

Sementara itu, Malaysiakini sedang mendapatkan respons daripada GISBH berhubung saman itu.

GISBH baru-baru ini menjadi perhatian susulan dakwaan penderaan kanak-kanak di rumah kebajikannya serta kegiatan keagamaan yang didakwa sesat, yang membawa kepada serbuan pihak berkuasa ke atas premis-premis mereka.

Sejak itu, beberapa ahlinya ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Firma guaman Faizal Rahman & Co mewakili Asri dalam saman ini.

News Portal
News Portalhttps://worldbulletins.com
Latest trending news and shopping promotions

Similar Articles

ADVERTISEMENTShopee Sale
Exclusive
Home Living Promotions

Most Popular